Tragedi Double Six Mohammad_Fuad_Stephens

Pada 6 Jun 1976, pesawat kecil jenis GAF Nomad buatan Australia menjunam terpacak di Kampung Sembulan , 2km dari Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Pesawat ini dikendalikan oleh Sabah Air dari Lapangan Terbang Labuan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu . 11 orang terkorban termasuk anak kapal. Berikut adalah senarai mereka yang terkorban dalam nahas itu :

  1. Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
  2. Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
  3. Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Thain Vun
  4. Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
  5. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
  6. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
  7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah, Dr Syed Hussein Wafa
  8. Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
  9. Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
  10. Juruterbang, Gandhi J Nathan
  11. Johari Tun Fuad Stephens

Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad[1] itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai.[2]

YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

Jenazah Tun Mohammad Fuad telah dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.